Pada 22.09.1994 ; 10.30 pm , ayah yang menyambut dan mengazankan saya . Ayah kata saya sepet , macam cine . Saya senang dijaga dan sering dibawa kehulu kehilir biasalah anak sulung memang begini jangan jealous lah eh adik-adikku .
Pada saat diriku masih seorang anak perempuan kecil , saya masih ingat lagi ayah yang mengajari saya menunggang basikal beroda dua sampai terjatuh jatuh . Luka dihiraukan sehinggalah saya pandai menunggang basikal . Saya memang penakut .
Ketika usia saya menganjak enam tahun , saya dihantar ke Tadika Pasti . Mak aih masetu saya menyampah sangat sebab kena pakai tudung labuh macam ustazah . Dan pada usia itu jugalah saya sudah disuruh menghafal sifir .
Saat saya berada di SJK(C) Chien Chi , ayah yang menghantar dan menjemput saya dari sekolah sehingga lah saya Darjah 6 . Setiap pagi saya dibekalkan roti dan nasi lemak beserta duit belanja rm2 . Kadangkala saya tertinggal buku , ayah yang bersusah payah menghantar buku itu ke sekolah . Ketika itu saya tidak sedar bahawa jarak Taman Bukit Dahlia ke Plentong jauh , kasihan ayah .
Saat diriku mudah lebih dipercayai , dengan keputusan UPSR 4A Ayah mendaftarkan saya di Sekolah Berasrama Penuh . Dan pada ketika itu saya gembira sangat sebab takperlu lagi berperang dengan Fikri pakai penyapu dan pengemop lantai .
Dan pabila saya menetap di asrama , saya jarang balik ke rumah . Saya berubah . Saya pentingkan kawan , pentingkan hiburan , saya tak kisah tentang ayah mama dan adik adik Power Rangers saya . / Alahai hibanya buka diari lama malaslah nak cerita \ .
Ketika keputusan PMR diumumkan , ayah bagaikan terpana dengan balasan saya . Keputusan yang menjengkelkan . Saya nak ulang balik boleh ? Dan serta merta saya dipindahkan ke SMKDPT . Malapnya dunia , tiada lagi CitySquare , Vibrant Cheersgirl , Redbox dan sewaktu dengannya .
Pada tahun ini saya berumur 17 tahun , saya taknak ulang sejarah PMR yang lapuk dan berkulat itu . Saya nak keputusan SPM yang cemerlang .
| The greatest gift I ever had. Came from God; I call him Ayah! |
| Dad, your guiding hand on my shoulder will remain with me forever |
Dear Ayah ,
Selamat Hari Bapa . Terima Kasih atas pengorbanan yang ayah beri walaupun kadangkala Along menyampah gile bile ayah membebel . Terima Kasih sebab mendidik dan mengasuh Along sehingga dewasa dan jelita begini hihi . Terima Kasih kerana memberi kami adik-beradik kasih sayang yang secukup-cukupnya sampai terlebih had laju . Terima Kasih kerana memberi inspirasi dan sokongan kepada Along . Terima kasih kerana setia dan tidak pernah lelah memberi nasihat kepada Along . Dan disini , Along nak mintak maaf jikalau pernah buat salah silap , tersasul bahasa , pernah buat ayah kecewa apa semua , I promise tahun ni struggle betul-betul dapatkan Straight A . Lepastu Along nak tuntut latest iPhone haha takdelah . Semoga ayah panjang umur dan dimurahi rezeki , semoga cita-cita ayah nak tambahkan lori Jitu tercapai . Terima Kasih atas segala-galanya . Along Kiki Nurul Daus Ira sayang ayah sangat sangat , mama lagi lah sayang ayah double triple plus plus :) One more , ayah hadiah ayah delay bulan 7 lah eh mase birthday ayah sebab Along dah bankrup sekarang hehe Take Care Ayah .
Sincerely ,
Your Beloved Princess .
#Dah la malas nak tulis panjang-panjang takut ayah menangis berlagu Hindustan tisu kat rumah dah la dah habis ni hihi . Selamat Hari Bapa kepada Bapa bapa di seluruh dunia dan sewaktu dengannya .
Assalamualaikum :)